Saturday, December 16, 2006






Ini adalah gambar-gambar yang diambil ketika lawatan ke Cameron Highlands bulan Julai 2006 yang lalu. Lawatan selama 3 hari 2 malam ini ditaja separuh oleh Asrama SMTP dan lagi separuh duit masing-masing. Lawatan ini adalah sempena menghargai usaha AJK Asrama 2005/6. Kami bermalam di Brinchang, aku pun dah lupa nama hotel tu. Sejuk jugalah di sana. Makan strawberi sampai naik muak, ingatkan strawberi yang asli tu sedap sangat, rupanya masam. Lagi sedap buah nenas. Aku tak beli apa sangat pun, hanya beberapa pokok mini kaktus, bunga-bunga dan sudah tentu strawberi yang masam itu. Kami ada juga melawat kilang Boh di sana, belilah juga teh-teh berperisa strawberi dan entah apa-apa lagi entah. Secara keseluruhan, aku puas hati dengan lawatan ini, cuma bagi aku, lawatan ke Pulau Tioman pada tahun lepas adalah yang paling terindah dalam hidup aku.

Sabtu 16 Disember 2006
12.29am

Friday, December 15, 2006

AJK Blok Efektif 2006

Dari kiri :
  • Muhamad Syarifuddin Bin Yasin - Ketua Dorm Hang Tuah
  • Muhd Hafiz Bin Hamim - Ketua Dorm Hang Jebat
  • Mohd Noorulhazry Bin Saimin - Ketua Dorm Hang Lekir
  • Aku selaku warden Blok Efektif
  • Muhammad Hafizul Hafis Bin Kamarudin - Ketua Blok Efektif
  • Mohd Alif Abdellah Bin Mohamad - Ketua Dorm Hang Lekiu
  • Mohd Norzaffuwan Bin Abd Aziz - Ketua Dorm Hang Kasturi
Buat pengetahuan semua, Blok Efektif tahun 2006 ini dihuni oleh hampir 80 orang pelajar Tingkatan 4. Semua AJK aku di atas merupakan pelajar Tingkatan 5. Blok E atau Blok Efektif ini mempunyai 5 buah dorm bermula dari Aras 2 iaitu Dorm Hang Tuah, diikuti Aras 3 untuk Dorm Hang Jebat dan Dorm Hang Kasturi dan akhir sekali Aras 4 iaitu Dorm Hang Lekir dan Dorm Hang Lekiu. Ketua Blok tinggal di Dorm Hang Tuah.

Dulu, rumah aku terletak di Aras 2 bersebelahan dengan Dorm Hang Tuah tapi aku telah berpindah ke rumah warden yang lain, aku akan cerita kemudian. Rumah warden ini sekarang dihuni oleh warden baru iaitu kawan aku; Ustaz Firdaus yang semestinya mengajar Pendidikan Islam.

Blok E mempunyai 3 buah Bilik Prep (Bilik Studi), 4 buah tandas, 3 buah bilik mencuci, sebuah Pejabat Asrama di Aras 1 (Ground Floor), sebuah Koperasi Sekolah di Aras 1 dan 2 buah stor. Pelajar yang sama juga akan menghuni blok ini selama dua tahun. Ini bermakna, pada tahun 2007, Blok E akan menjadi blok pelajar Tingkatan 5.

Macam-macam dugaan dan cabaran AJK Blok E hadapi apabila menjaga adik-adik Tingkatan 4 ini. Kalau nak tulis di sini, rasanya tak muat la. Cuma aku boleh cakap, mereka dah biasa kena marah dengan aku, kena maki-hamum, kena sumpah-seranah dan lain-lain, biasalah, warden kena la garang untuk sesuatu kes.

Cikgu ambil kesempatan ini untuk ucapkan semoga kamu semua menjadi insan yang tabah suatu hari nanti. Inilah realiti kehidupan, bekerja dalam satu organisasi sama ada rumit atau senang, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Insya-Allah, Cikgu cuba abadikan nama kamu semua di setiap dorm sebagai tanda ingatan kerjasama yang pernah kamu semua buat. Dan jangan simpan dalam hati apa jua yang pernah Cikgu marah kamu dahulu. Semoga kita sentiasa keep in touch.

Jumaat 15 Disember 2005
1.48am

Thursday, December 14, 2006

Batch 2005/6



Hari ini hari Khamis...masya-Allah...aku tak perasan masa berlalu begitu sahaja semenjak cuti sekolah ni. Aku rasa sunyi sangat di rumah. Buat pengetahuan semua, aku selain dari seorang guru, juga merupakan warden asrama di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Semua bebudak aku dah tiada di asrama. Mereka semua telah balik ke kampung halaman masing-masing semenjak Jumaat lepas. Ya..Jumaat yang amat menyedihkan bagi aku.

Batch 2005/6 adalah batch ke-3 dalam jagaan aku semenjak aku menjadi guru/warden di sekolah ini. Batch yg pertama 2003/4 aku tak sedih sgt sebab aku pun baru masuk sekolah ini, so, tak berapa rapat lagi dgn budak-budak aku. Batch ke-2 iaitu batch 2004/5, juga merupakan batch yg paling top di sekolah ini, byk perkara yg berlaku pada zaman diaorg. Nanti la aku cerita...

Batch 2005/6 yg baru meninggalkan sekolah ini pada 8hb Disember 2006 merupakan batch yg agak rapat dengan aku sama ada dari pelajar lelaki atau pelajar perempuan. Batch yg sebelum ini, aku jarang rapat dengan pelajar perempuan, kerana aku belum biasa lagi. Antara pelajar lelaki yang agak rapat dengan aku di batch ini ialah Arif (Ketua Blok Dedikasi), Ezaden (Ketua Pengawas), Fata (Ketua ASPURA), Hafizul Hafis (Ketua Blok Efektif), Asyraf, Shukri, dan Lokman (Ketua Dorm Tun Mutahir). Bagi pelajar perempuan pula aku rapat dengan Azimah (Ketua Blok Bijaksana), Atiqah (Ketua ASPURI), Khalidah (Ketua Blok Amanah), Umi (Ketua Blok Flora), Nadhirah (Ketua Blok Cendiakawan), Azimah 5PD2, Fifi (Ketua Dorm Matahari) dan Amira 5Pascal. Cikgu abadikan nama-nama kamu dalam laman web ini kerana Cikgu sayangkan kamu semua..ingatlah segala kenangan pahit dan manis ketika bersama-sama Cikgu di SMTP ini.

Khamis 14 Disember 2006
12.27pm