Saturday, February 25, 2006

Pelajar Lelaki 5 Pascal SPM 2005


Gambar kat atas nie semua adalah boys 5 Pascal SPM 2005, last day school before SPM. Gambar atas sekali dari belakang kiri, Muhd Shakir, Haziq Hakim, aku, Mohd Suffian, Muhd Faruq dengan Mohd Ellyas. Duduk cangkung depan dari kiri Muhd Haidil, Muhd Ridhuan dengan Muhd Syafiq (Ketua Tingkatan). Tiada dalam gambar Mohd Haziq Hasbullah dengan Mohd Akmal Yasmin. Tak silap aku, Akmal Yasmin tak datang sekolah hari tu. Ucapan untuk kalian :

Muhd Shakir - Semoga menjadi pelajar cemerlang di universiti nanti, kumpul Anugerah Dekan
Haziq Hakim - Semoga dapat belajar di Australia dengan selamat.
Mohd Suffian - Semoga menjadi pemain badminton macam ayah kamu.
Muhd Faruq - Semoga menjadi pekerja yang rajin dan jadi BOSS suatu hari nanti.
Mohd Ellyas - Semoga dapat membina badan menjadi lebih tough lagi.
Muhd Haidil - Semoga dapat mencipta laman web yang lebih interaktif suatu hari nanti.
Muhd Ridhuan - Semoga sentiasa belajar dari pelbagai kesilapan lalu, anda boleh maju!
Muhd Syafiq - Semoga jadi pemimpin suatu hari nanti.
Mohd Akmal Syafiq - Semoga berani berusaha dan terus berjaya.
Mohd Haziq Hasbullah - Jadilah insan yang berguna pada masyarakat.


Inilah Mohd Haziq Hasbullah. Baru jumpa aku lepas aku ambik gambar dengan kawan-kawan sekelasnya. Mana ntah dia merayau. Haziq, Cikgu nak Haziq jadi insan yang berguna pada masyarakat, jangan siakan masa muda kamu. Ingat semua pesan Cikgu.

OK..aku nak gie Spore kejap lagi, dah lama tak jenguk Mak Ngah, Uncle Saad, Kak Liza and Abg Azha and their son; Aniq, also Tinie and her husband Imran. Nie lah family rapat aku di Spore. Aku maybe tidur rumah Tinie di Tampines.

25 Februari 2006 (Sabtu) - 4.02 petang

Tuesday, February 21, 2006

Kerjaya Seorang Guru 2004 hingga 2006




Aku pada mulanya mengajar Asas Pemprosesan Maklumat (APM) dengan Matematik. Aku mengajar selama 6 bulan sahaja untuk subjek APM, then aku terus diupgrade untuk mengajar Matematik Tambahan dan Matematik. Mula-mula memang terasa satu beban mengajar Mat. Tambahan sebab banyak aku dah lupa, oleh kerana aku nie jenis suka belajar, aku pun selak la balik buku Mat. Tambahan aku. Lama-lama aku dapat menguasai balik POWER dalam Mat. Tambahan.

Tahun 2004, tahun pertama aku, aku menjadi guru kelas 4 Dana. Kelas ini agak lemah sedikit, maklumlah aliran vokasional. Di sekolah aku pada tahun 2004, ada 4 kelas vokasional, 4 Dana, 4 Ihsan, 4 Prima dan 4 Pascal. Dana, Ihsan dan Prima mengambil semua mata pelajaran teras termasuk Perdagangan, Prinsip Akaun dan APM. Kelas Pascal mengambil semua mata pelajaran teras termasuk Matematik Tambahan, Programming and Development Tools (PDT) dan Fundamental of Programming (FOP). Kiranya kelas Pascal nie kelas komputer la.

Aliran Teknik di sekolah aku ada Kejuruteraan Awam (KA), Kejuruteraan Mekanikal (KM), Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (KE) dan Pengajian Keusahawanan(PD). Walaupun namanya Pengajian Keusahawanan, mereka mengambil semua subjek teras termasuk Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun dan Pengajian Keusahawanan.

Tahun 2004 aku turut mengajar kelas 4 Prima untuk APM, 4 Ihsan, 4 Dana dan 4KE2 untuk Matematik. Aku suka sangat mengajar kelas 4KE2, sebab ada respon sikit mengajar kelas ini. Lagi pun ada seorang pelawak dalam kelas nie, namanya Hazli.

Tahun 2005 aku mengajar kelas 5KM1, 5 Pascal dan 4KE1. Kelas 4KE1 kelas favourite aku waktu ini. Sebabnya, kelas 5KM1 agak lemah sedikit, banyak gak aku marah-marah kelas ini, sian diaorg. 5 Pascal pulak jurang antara pelajar lemah dan pelajar pandai terlalu ketara. Contoh, Shakir adalah pelajar cerdik dalam kelas 5 Pascal, bila aku ajar slow sangat, dia agak boring, tapi bila aku ajar laju sangat, yang lain mengangguk kononnya faham. Kelas 5KM1 dan 4KE1 aku ajar Matematik dan Mat. Tambahan, manakala kelas 5 Pascal aku hanya ajar Matematik sahaja.

Tahun 2006 ini aku mengajar kelas 5KE1 (budak tahun lepas 4KE1), 5 Pascal (asyik-asyik kelas Pascal) dan 4KA3. Paling aku suka masuk kelas 4KA3, budak lelakinya talkative dan funny. Paling lawak ialah Agus, pelawak kelas. Aku suka sangat masuk kelas nie. Kedua aku suka kelas 5 Pascal, sebab mereka respon baik bila aku suruh buat kerja dalam kelas, mereka boleh usaha sendiri untuk mencari jalan penyelesaian matematik. Kelas 5KE1 plak sekarang aku rasa mereka terlalu mengharap jawapan dari aku, hanya beberapa orang sahaja yang mampu menyelesaikan sendiri jawapan. Macam biasa, kelas 5KE1 dan 4KA3 aku ajar kedua-dua subjek, Matematik dan Matematik Tambahan manakala 5 Pascal hanya subjek Matematik.

Jika aku ajar Matematik dan Matematik Tambahan, itu bermakna aku berjumpa dengan pelajar kelas tersebut setiap hari, guru kelas mereka pun tak jumpa mereka setiap hari. Aku nak siapkan buku rekod mengajar nie, jumpa lagi.

(Gambar di atas adalah hari terakhir persekolahan 2005, semua tu adalah bekas pelajar 4KE2 2004, aku kumpul balik diaorg, bagi kata-kata semangat sebelum SPM 2005)

21 Februari 2006 - 1.55 petang

Monday, February 20, 2006


Di Pasar Satok, Sarawak Posted by Picasa

Blog Baru Aku


Assalamualaikum semua...

Nama aku Zuwairi, just panggil aku Hairi. Aku berumur 27 tahun pada 2006 ini. Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, dibesarkan di Sungai Way, Klang dan Banting, Selangor, dan sekarang ibu bapa aku menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Aku lahir pada 13 Mac 1979 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1399, dan plat kereta aku JJN1303. See, how the number 13 coloured my life! I love number 13...

Aku adalah anak sulung dari tiga beradik seibu sebapa. Aku ada adik perempuan yang lahir pada tahun 1981 dan adik lelaki yang lahir pada tahun 1984. Dari ibu yang berlainan, aku ada arwah adik lelaki yang lahir pada tahun 1992 (tak silap aku) dan adik perempuan yang lahir pada 1999. Arwah adik lelaki tiri aku ni, meninggal dunia pada tahun 1997, beberapa bulan sebelum aku masuk universiti, tarikh dia meninggal 13 Feb 1997 (5 Syawal).

Now, ayah aku dah ceraikan ibu tiri aku atas beberapa sebab yang tak perlu aku sebutkan di sini. Dengar khabar, adik perempuan tiri aku dah masuk Darjah 1, di Shah Alam, aku hanya beberapa kali sahaja melihat mukanya, tak rasa sangat yang dia sedarah sedaging dengan aku sebab kami jarang dipertemukan. Walau apapun, dia tetap adik aku, aku adalah wali terdekatnya jika ayah aku tiada, apapun dia kena cari aku kalau dia nak kahwin.

Aku bersekolah di SRK Taman Goodwood (sekarang Taman Klang Jaya) di Klang, Selangor dari tahun 1986 hingga Jun 1987, kemudian keluarga aku berpindah ke Banting, Selangor. Di Banting, aku bersekolah di SRK Sri Langat, Jalan Jugra sehingga tahun 1991. Aku mendapat 4A dalam UPSR 1991, dan aku adalah antara 10 pelajar yang dapat 4A pada tahun tersebut.

Kemudian aku belajar di SMK Telok Datok, Banting dari Dis 1991 hingga Dis 1994, sehingga aku dapat 8A dalam PMR 1994, dan aku adalah antara 3 pelajar yang dapat semua A dalam sekolah tersebut, cewah...bangga gile! Hehe!

Aku sambung belajar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari 3 Jan 1995, tapi aku hanya dapat bertahan sampai 17 Julai 1995 kerana aku menghadapi masalah keluarga. Buat pengetahuan semua, ayah aku kan pada masa itu, poligami, so, aku risaukan sangat mak aku di rumah, aku memang sukar melupakan mak aku yang terseksa duduk di rumah. Jadi aku ambil keputusan keluar dari MCKK. Biarlah orang nak cakap apa tentang pilihan aku untuk keluar dari MCKK, aku sanggup tanggung semua risiko, janji aku dapat lihat keperitan mak aku depan mata aku.

Aku sambung belajar semula ke sekolah lama, SMK Telok Datok mulai 19 Julai 1995 sehingga la aku tamat Tingkatan 5 di sekolah tersebut. SPM 1996 aku ambil semua mata pelajaran teras (kecuali Sains Teras), Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas. SPM aku dapat Gred 1, pelajar terbaik aliran sains, hehe!

Aku menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor mulai 18 Mei 1997 dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) dan aku hanya dapat Kepujian Kelas Kedua (Rendah). Aku sebenarnya tak minat sangat bidang ini, masalahnya aku dah dapat, tak boleh tolak, kalau tolak aku tak dapat masuk universiti. Pada waktu itu, aku memilih Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik sebagai pilihan pertama dan Kejuruteraan Mekanikal Marin sebagai pilihan kedua. Tapi malangnya, tiada rezeki di situ. Terpaksalah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di dalam bidang kejuruteraan komputer yang amat membosankan aku.

Habis UTM, aku menganggur 3 bulan setengah, then aku kerja sebagai System Analyst di Pulai, Johor selama sebulan sebelum aku menjadi Pensyarah di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor di Segamat, Johor. Aku mengajar MLVK bidang Diploma Sistem Komputer. Aku kerja di situ selama 5 bulan sahaja sehingga aku mendapat tawaran belajar di Maktab Perguruan Teknik, Cheras, Kuala Lumpur pada Jan 2003 hingga Nov 2003 dalam bidang Sains Komputer. Kenapa aku pilih bidang Sains Komputer? Sebab dalam iklan KPLI waktu itu, kalau nak dapat KPLI mesti pilih kursus yang hampir sama dengan bidang sarjana muda. So, aku pun terpaksa la pilih kursus ini demi mendapat tempat di maktab.

Jan 2004 aku ditempatkan di Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru sehingga sekarang. Dan sekarang, jadilah aku seorang guru yang disayangi oleh Pengetua aku di sini, cewah!

20 Februari 2006 - 11.26 malam