
Assalamualaikum semua...
Nama aku Zuwairi, just panggil aku Hairi. Aku berumur 27 tahun pada 2006 ini. Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, dibesarkan di Sungai Way, Klang dan Banting, Selangor, dan sekarang ibu bapa aku menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Aku lahir pada 13 Mac 1979 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1399, dan plat kereta aku JJN1303. See, how the number 13 coloured my life! I love number 13...
Aku adalah anak sulung dari tiga beradik seibu sebapa. Aku ada adik perempuan yang lahir pada tahun 1981 dan adik lelaki yang lahir pada tahun 1984. Dari ibu yang berlainan, aku ada arwah adik lelaki yang lahir pada tahun 1992 (tak silap aku) dan adik perempuan yang lahir pada 1999. Arwah adik lelaki tiri aku ni, meninggal dunia pada tahun 1997, beberapa bulan sebelum aku masuk universiti, tarikh dia meninggal 13 Feb 1997 (5 Syawal).
Now, ayah aku dah ceraikan ibu tiri aku atas beberapa sebab yang tak perlu aku sebutkan di sini. Dengar khabar, adik perempuan tiri aku dah masuk Darjah 1, di Shah Alam, aku hanya beberapa kali sahaja melihat mukanya, tak rasa sangat yang dia sedarah sedaging dengan aku sebab kami jarang dipertemukan. Walau apapun, dia tetap adik aku, aku adalah wali terdekatnya jika ayah aku tiada, apapun dia kena cari aku kalau dia nak kahwin.
Aku bersekolah di SRK Taman Goodwood (sekarang Taman Klang Jaya) di Klang, Selangor dari tahun 1986 hingga Jun 1987, kemudian keluarga aku berpindah ke Banting, Selangor. Di Banting, aku bersekolah di SRK Sri Langat, Jalan Jugra sehingga tahun 1991. Aku mendapat 4A dalam UPSR 1991, dan aku adalah antara 10 pelajar yang dapat 4A pada tahun tersebut.
Kemudian aku belajar di SMK Telok Datok, Banting dari Dis 1991 hingga Dis 1994, sehingga aku dapat 8A dalam PMR 1994, dan aku adalah antara 3 pelajar yang dapat semua A dalam sekolah tersebut, cewah...bangga gile! Hehe!
Aku sambung belajar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari 3 Jan 1995, tapi aku hanya dapat bertahan sampai 17 Julai 1995 kerana aku menghadapi masalah keluarga. Buat pengetahuan semua, ayah aku kan pada masa itu, poligami, so, aku risaukan sangat mak aku di rumah, aku memang sukar melupakan mak aku yang terseksa duduk di rumah. Jadi aku ambil keputusan keluar dari MCKK. Biarlah orang nak cakap apa tentang pilihan aku untuk keluar dari MCKK, aku sanggup tanggung semua risiko, janji aku dapat lihat keperitan mak aku depan mata aku.
Aku sambung belajar semula ke sekolah lama, SMK Telok Datok mulai 19 Julai 1995 sehingga la aku tamat Tingkatan 5 di sekolah tersebut. SPM 1996 aku ambil semua mata pelajaran teras (kecuali Sains Teras), Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas. SPM aku dapat Gred 1, pelajar terbaik aliran sains, hehe!
Aku menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor mulai 18 Mei 1997 dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer (Fakulti Kejuruteraan Elektrik) dan aku hanya dapat Kepujian Kelas Kedua (Rendah). Aku sebenarnya tak minat sangat bidang ini, masalahnya aku dah dapat, tak boleh tolak, kalau tolak aku tak dapat masuk universiti. Pada waktu itu, aku memilih Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik sebagai pilihan pertama dan Kejuruteraan Mekanikal Marin sebagai pilihan kedua. Tapi malangnya, tiada rezeki di situ. Terpaksalah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku di dalam bidang kejuruteraan komputer yang amat membosankan aku.
Habis UTM, aku menganggur 3 bulan setengah, then aku kerja sebagai System Analyst di Pulai, Johor selama sebulan sebelum aku menjadi Pensyarah di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor di Segamat, Johor. Aku mengajar MLVK bidang Diploma Sistem Komputer. Aku kerja di situ selama 5 bulan sahaja sehingga aku mendapat tawaran belajar di Maktab Perguruan Teknik, Cheras, Kuala Lumpur pada Jan 2003 hingga Nov 2003 dalam bidang Sains Komputer. Kenapa aku pilih bidang Sains Komputer? Sebab dalam iklan KPLI waktu itu, kalau nak dapat KPLI mesti pilih kursus yang hampir sama dengan bidang sarjana muda. So, aku pun terpaksa la pilih kursus ini demi mendapat tempat di maktab.
Jan 2004 aku ditempatkan di Sek Men Teknik Perdagangan Johor Bahru sehingga sekarang. Dan sekarang, jadilah aku seorang guru yang disayangi oleh Pengetua aku di sini, cewah!
20 Februari 2006 - 11.26 malam